Sunday, 21 June 2015

Mesyuarat Hari Keluarga Hj Idris Tahun 2015

Satu mesyuarat untuk membincangkan tentang Program Sambutan Hari Keluarga Hj Idris bagi tahun 2015 telah diadakan pada 12 Jun 2015 (Jumaat malam Sabtu) jam 9 malam bertempat di rumah Wak Sapiah (isteri allahyarham Hj Sutar bin Hj Idris) di kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Sulaiman bin Hj Sutar dan turut dihadiri oleh wakil2 keluarga Hj Idris seperti berikut:

1. Keluarga Hj Sutar - diwakili oleh Hjh Sapiah, Tn Hj Sulaiman, Pn Hjh Mariam (isteri Tn Hj Sulaiman), Tn Hj Sudiman, Sahrizan bin Sudiman, Tn Hj Robani (Rahmat) dan isteri, Siti Ros, Azhar (suami Siti Ros), Salmah, Zainal (suami Kak Salmah), Rafidah bin Hj Ngadenan (anak Tn Hj Ngadenan), Hjh Misah, Rohaidah Shurin, Siti Rasidah Shuri, Rahimah (Kak Mimah), Jamian bin Dahlan (suami Kak Mimah) dan cucu2 lain.

2. Keluarga Hj Rahman – diwakili oleh Rahmat bin Hj Rahman.

3. Keluarga Hj Rasam – diwakili oleh Kak Saerah dan Hamid bin Rahman.

4. Keluarga Hjh Rukmi – Tiada wakil.

5. Keluarga Hj Salimah – Tiada wakil.

6. Keluarga Hjh Rugayah – diwakili oleh Tn Hj Mashudi bin Hj Osman, Mahat bin Hj Mashudi, Masdi bin Karjani.

7. Keluarga Hj Sarkam – Saiful Bahri bin Sarkam (Odin), Baie (Suami Liya).

8. Keluarga Hjh Tumirah – Abg Ramli bin Sukaimi.

9. Keluarga Hj Ngadiman – Hj Ngadiman, Hjh Maimunah, Sarimah, Mohd Fadzil, Murni, Yati, Maria dan cucu2 lain.

10. Keluarga Hj Tamin – Tiada wakil.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12 tengah malam.

Pemergian Allahyarham Paini bt Rupie

Suasana sedih menyelubungi Keluarga Hj Idris. Berita sedih kembalinya allahyarham Paini bt Rupie (isteri kepada Allahyarham Sarkam bin Hj Idris) telah diterima melalui anaknya, Saifulbahri (Odin) pada 31 Mei 2015 jam 6 pagi. Pn Paini telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Pahat, Johor pada 31 Mei 2015, setelah berada di hospital berkenaan selama lebih kurang seminggu. Beliau disyaki mengidap penyakit stroke. Jenazah telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kg Belahan Tampok sebelum waktu zohor.

Seluruh warga kerabat Hj Idris bin Hj Zin mengucapkan takziah dan berdoa agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solehah. In sha Allah. Aamiin. Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan dan ujian ini. Al Fatihah.