Takziah dan al fatihah... (Allahyarham Sarkam bin Hj Idris: 03 Okt 1932 - 09 Dis 2013).
Tanggal 9 Dis 2013 (Isnin), keluarga Kerabat Hj Idris bin Hj Zen telah mendapat berita kesedihan dengan kehilangan seorang lagi pewaris keluarga yang amat disayangi iaitu Sarkam bin Hj Idris. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.35 pagi di Hospital Batu Pahat, Johor. Anak allahyarham iaitu Saiful Bahri turut berada disisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada pagi itu.
Jenazah allahyarham telah dimandikan dan dikapankan di rumahnya di Kg Seri Belahan Tampok, Rengit dan seterusnya disembahyangkan di Masjid Kg Seri Belahan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Belahan Tampok Darat. Semua sanak saudara telah sempat menziarahi allahyarham pada hari berkenaan.
Allahyarham pulang ke rahmatullah pada usia 81 tahun dengan mengidap penyakit sipsis.
Allahyarham telah meninggalkan seorang balu iaitu Pn Paini dan 7 orang anak.
Marilah kita sekali lagi menghadiahkan surah al fatihah ke atas pemergian allahyarham Sarkam bin Hj Idris, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, insha Allah. Kepada Pn Paini dan anak-anak allahyarham, marilah kita sama-sama bersabar dan redha diatas pemergian allahyarham. Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali...