Sunday, 21 June 2015

Mesyuarat Hari Keluarga Hj Idris Tahun 2015

Satu mesyuarat untuk membincangkan tentang Program Sambutan Hari Keluarga Hj Idris bagi tahun 2015 telah diadakan pada 12 Jun 2015 (Jumaat malam Sabtu) jam 9 malam bertempat di rumah Wak Sapiah (isteri allahyarham Hj Sutar bin Hj Idris) di kampung Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tn Hj Sulaiman bin Hj Sutar dan turut dihadiri oleh wakil2 keluarga Hj Idris seperti berikut:

1. Keluarga Hj Sutar - diwakili oleh Hjh Sapiah, Tn Hj Sulaiman, Pn Hjh Mariam (isteri Tn Hj Sulaiman), Tn Hj Sudiman, Sahrizan bin Sudiman, Tn Hj Robani (Rahmat) dan isteri, Siti Ros, Azhar (suami Siti Ros), Salmah, Zainal (suami Kak Salmah), Rafidah bin Hj Ngadenan (anak Tn Hj Ngadenan), Hjh Misah, Rohaidah Shurin, Siti Rasidah Shuri, Rahimah (Kak Mimah), Jamian bin Dahlan (suami Kak Mimah) dan cucu2 lain.

2. Keluarga Hj Rahman – diwakili oleh Rahmat bin Hj Rahman.

3. Keluarga Hj Rasam – diwakili oleh Kak Saerah dan Hamid bin Rahman.

4. Keluarga Hjh Rukmi – Tiada wakil.

5. Keluarga Hj Salimah – Tiada wakil.

6. Keluarga Hjh Rugayah – diwakili oleh Tn Hj Mashudi bin Hj Osman, Mahat bin Hj Mashudi, Masdi bin Karjani.

7. Keluarga Hj Sarkam – Saiful Bahri bin Sarkam (Odin), Baie (Suami Liya).

8. Keluarga Hjh Tumirah – Abg Ramli bin Sukaimi.

9. Keluarga Hj Ngadiman – Hj Ngadiman, Hjh Maimunah, Sarimah, Mohd Fadzil, Murni, Yati, Maria dan cucu2 lain.

10. Keluarga Hj Tamin – Tiada wakil.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12 tengah malam.

Pemergian Allahyarham Paini bt Rupie

Suasana sedih menyelubungi Keluarga Hj Idris. Berita sedih kembalinya allahyarham Paini bt Rupie (isteri kepada Allahyarham Sarkam bin Hj Idris) telah diterima melalui anaknya, Saifulbahri (Odin) pada 31 Mei 2015 jam 6 pagi. Pn Paini telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Batu Pahat, Johor pada 31 Mei 2015, setelah berada di hospital berkenaan selama lebih kurang seminggu. Beliau disyaki mengidap penyakit stroke. Jenazah telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Islam Kg Belahan Tampok sebelum waktu zohor.

Seluruh warga kerabat Hj Idris bin Hj Zin mengucapkan takziah dan berdoa agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang solehah. In sha Allah. Aamiin. Semoga keluarga allahyarham tabah menghadapi dugaan dan ujian ini. Al Fatihah.

Tuesday, 17 December 2013

Pemergian Ke Rahmatullah Allahyarham Sarkam bin Hj Idris

Takziah dan al fatihah... (Allahyarham Sarkam bin Hj Idris: 03 Okt 1932 - 09 Dis 2013).

Tanggal 9 Dis 2013 (Isnin), keluarga Kerabat Hj Idris bin Hj Zen telah mendapat berita kesedihan dengan kehilangan seorang lagi pewaris keluarga yang amat disayangi iaitu Sarkam bin Hj Idris. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.35 pagi di Hospital Batu Pahat, Johor. Anak allahyarham iaitu Saiful Bahri turut berada disisinya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir pada pagi itu.

Jenazah allahyarham telah dimandikan dan dikapankan di rumahnya di Kg Seri Belahan Tampok, Rengit dan seterusnya disembahyangkan di Masjid Kg Seri Belahan sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Belahan Tampok Darat. Semua sanak saudara telah sempat menziarahi allahyarham pada hari berkenaan.

Allahyarham pulang ke rahmatullah pada usia 81 tahun dengan mengidap penyakit sipsis.

Allahyarham telah meninggalkan seorang balu iaitu Pn Paini dan 7 orang anak.



Marilah kita sekali lagi menghadiahkan surah al fatihah ke atas pemergian allahyarham Sarkam bin Hj Idris, semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, insha Allah. Kepada Pn Paini dan anak-anak allahyarham, marilah kita sama-sama bersabar dan redha diatas pemergian allahyarham. Dari Nya kita datang, kepada Nya kita kembali...

Thursday, 1 August 2013

Sijil Kematian Arwah Hj Idris bin Hj Zen

Sebahagian daripada dokumen usang yang bernilai yang masih disimpan oleh waris Hj Idris.


Monday, 29 July 2013

Mesyuarat Sambutan Hari Raya Keluarga Hj Idris bin Hj Zen Tahun 2013

Mesyuarat ke 2 berkaitan Sambutan Hari Raya Keluarga Hj Idris bin Hj Zen

Setelah sekian lama menantikan detik bersejarah ini, kini tibalah masanya yang ditunggu-tunggu oleh sekian sanak saudara. Buat julung-julung kalinya, satu perhimpunan bersejarah bersempena dengan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Keluarga Haji Idris bin Haji Zen dan Hajah Satipah bt Abd Karim Tahun 2013 M/ 1434 H bakal direalisasikan. Beberapa siri perbincangan telah diadakan bermula seawal tahun 2011 lagi dan pada 26 Jul 2013 telah diadakan perbincangan terakhir yang telah dipengerusikan oleh YBhg Tn Hj Sulaiman bin Hj Sutar telah diadakan di perkarangan rumah Allahyarham Hj Sutar bin Hj Idris, Kg Belahan Tampok, Rengit, Batu Pahat, Johor. Kehadiran adalah seperti berikut:

1. Tn Hj Sulaiman bin Hj Sutar - Pengerusi.
2. Pn Hjh Sapiah bt Hj Hassan.
3. Tn Hj Ngadiman bin Hj Idris.
4. Tn Hj Mashudi bin Hj Osman.
5. Tn Hj Robani bin Hj Sutar.
6. Pn Siti Ros bt Hj Sutar - Setiausaha
7. En Md Noor bin Hj Rahman - Bendahari.
8. En Ramli bin Hj Sukaimee.
8. En Saiful Bahri bin Sarkam.
9. En Mohd Fadzil bin Hj Ngadiman.
10. Hjh Maimunah bt Hj Salleh.
11. Hjh Mariam (isteri Tn Hj Sulaiman bin Hj Sutar).
12. En Azhar bin Katimin (suami Siti Ros bt Hj Sutar).
13. En Idris bin Samsuri (Suami Pn Sarilah bt Hj Osman).
14. Pn Sarilah bt Hj Osman.
15. Pn rahimah (Isteri Tn Hj Robani bin Hj Sutar).
16. Pn Roha (isteri Juni bin Karjani).
17. Pn Mazilah bt Idris. (anak Pn Sarilah).
18. En Shamsul Shahrin. (menantu Pn Sarilah).